Thursday, December 17, 2020

Perbahasan Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 pada 17/12/2020.

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan pertama Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 pada 17/12/2020. 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap pindaan Akta Cukai Jualan 2018. Undang-undang percukaian merupakan undang-undang yang penting kerana setiap perkataan perlu diteliti  certainty dalam drafting undang-undang percukaian adalah penting.

Saya merujuk kepada fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 17 akta ini. Terdapat satu perubahan dari segi pengiraan sales tax iaitu sebelum ini kaedah masa depan, the future method dan dalam cadangan pindaan ini digunakan kaedah sejarah, historical method. 

Seperti yang kita maklum bahawa future method mengirakan current month plus 11 months in future. 

Historical method eleven month in the past plus current month. Oleh itu satu departure daripada pengiraan cukai jualan ini saya ingin dapatkan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri apakah pandangan daripada business committee, adakah consultation dengan business committee

Bagaimana dengan syarikat baharu yang tiada historical data yang syarikat baharu yang ditubuhkan tidak ada historical data so, apakah work around ataupun apakah pindaan ini mempertimbangkan terhadap syarikat-syarikat yang baharu yang tiada historical data. 

Saya juga ingin membangkitkan isu Fasal 6 di mana bahawa satu seksyen baharu 35A telah disertakan di mana Ketua Pengarah Kastam boleh selepas pengilang berdaftar membuat potongan yang dicadangkan terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik (refund). Baki itu hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar oleh Ketua Pengarah Kastam. Itu adalah— tetapi saya rasa shall be refunded to the register manufacturer by the Director General of Customs“Shall be refunded” iaitu satu perkataan yang mandatori perlu Ketua Pengarah Kastam untuk mengembalikan wang itu apabila terlebih bayar. Perlu di refund balik. 

Pada saya kekurangan daripada seksyen ini ialah bahawa tiada tarikh atau tiada satu tempoh masa yang ditetapkan. Kalau sebelum ini kalau kita sedia maklum bahawa di bawah regim GST sebelum ini, regim percukaian GST ada satu timeframe 14 hari telah dinyatakan dalam GST refund. Akan tetapi dalam Sales Tax Refund ini tidak dinyatakan hanya nyatakan – shall be refunded. Ia mungkin satu bulan, mungkin 12 bulan, mungkin tiga tahun dan lebih lama. 

Oleh itu perundangan tidak menyatakan secara jelas, tidak memihak, tidak mempertimbangkan business cashflow oleh syarikat-syarikat yang membayar sales tax. Saya lihat bahawa ada kepincangan walaupun digunakan perkataan ‘mandatori’ shall be refunded’ tetapi tiada tempoh dinyatakan dan tambahan 35A(3) pula memberikan kuasa Ketua Pengarah Kastam untuk menggunakan pembayaran balik itu untuk dikreditkan kepada mana-mana tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya. Kuasa yang amat besar kepada Ketua Pengarah Kastam. Tiada tarikh refund tetapi Ketua Pengarah Kastam boleh menggunakan kuasanya untuk menggunakan wang refund itu untuk guna dikreditkan kepada bahagian tempoh percukaian berikutnya. 

Saya rasa ini keseimbangan kuasa yang memihak terlalu besar kepada Ketua Pengarah Kastam. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. 

Sekian Terima Kasih. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 pada 17/12/2020. 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 dan saya meneliti dan juga mendengar ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut dan terdapat beberapa perkara yang saya ingin tambah. 

Fasal 2, memasukkan satu seksyen baharu di mana terpakai juga peluasan skop cukai pelancongan untuk di dalam dan di luar Malaysia, termasuk ke atas pemberi perkhidmatan platform digital walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya. Maksudnya bidang kuasanya melangkaui sempadan Malaysia extra territorial jurisdiction. 

Persoalan saya, bagaimana enforcement atau penguatkuasaan dapat dilakukan terhadap pemberi perkhidmatan platform digital ini sekiranya ingkar atau pun telah mengutip cukai tersebut tetapi ingkar untuk membuat pembayaran kepada autoriti. Apakah bidang kuasa kita untuk terhadap pemberi perkhidmatan platform digital? 

Perkara kedua, fasal 4 dalam meminda seksyen 9 memberikan Menteri kuasa untuk mengecualikan pemberi perkhidmatan untuk memungut cukai pelancongan. Bidang kuasa ini besar. Kenapa kita berikan kuasa ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi pengecualian? Apakah rasional? 

Kita tidak memberikan panduan kepada Yang Berhormat Menteri untuk melaksanakan tugasnya. Kita bagi satu blank cheque kepada Yang Berhormat Menteri bahawa beliau boleh guna kuasa untuk pengecualian. 

Dalam perundangan sedemikian, sepatutnya ada satu guideline supaya Yang Berhormat Menteri boleh melakukan kerjanya mengikut guideline tersebut. Akan tetapi, fasa ini memberikan satu kuasa yang mutlak kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat pengecualian. 

Seksyen 20A. Cukai pelancongan hendak dikena ke atas levi ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian. Tadi ada sebut Agoda, Airbnb juga. 

Soalan saya, ini undang-undang percukaian dikenakan yang diintroduce oleh Kementerian Kewangan. Apakah garis panduan untuk kawal selia terhadap Short-Term Residential Accommodation (STRA). 

Ini merupakan satu percukaian baharu yang diperkenalkan untuk mengenakan cukai terhadap Airbnb, Agoda dan sebagainya, platform-platform digital yang lain.

Persoalan saya, where is your STRA guideline? Apakah guideline untuk Short- Term Residential Accommodation? Saya menanya soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan masih dalam peringkat pendrafan, masih belum ada garis panduan untuk kawal selia terhadap Airbnb. Pada masa ini, kita keluarkan satu undang- undang percukaian untuk tax Airbnb dan juga pelancong-pelancong yang duduk dalam Airbnb

Ini bukan sahaja pelancong-pelancong asing, pelancong-pelancong domestik juga, orang KL pergi melancong di Penang duduk Airbnb yang booking melalui Agoda juga akan dikenakan ini cukai tambahan. Tidak ada satu guideline pun untuk kawal selia Airbnb. Tidak ada satu guideline untuk memberikan lesen kepada Airbnb tetapi kita mengenakan cukai kepada Airbnb. Itulah kita meletakkan percukaian priority tetapi kita tidak ada satu garis panduan untuk pelesenan, tidak ada satu garis panduan untuk memberi kawal selia dan sebagainya. 

Sekian Terima Kasih. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020.

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020.

-----------------------------------
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan untuk rang undang-undang untuk meminda Akta Eksais 1976. 

Seperti rang undang-undang yang dibentangkan sebelum ini Akta Kastam, Akta Eksais (Pindaan) 2020 juga terdapat tambahan kuasa kepada pihak kastam. Tambahan kuasa ini saya rasa perlu diseimbangkan. Dalam fasal-fasal yang disebut bahawa pejabat pegawai kastam boleh― yang pejabat pegawai kastam yang hak itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis.

Saya rasa ingin mendapat penjelasan daripada Menteri sama ada pandemik COVID-19 – sama ada ada SOP yang ketat memandangkan bahawa lokap kastam ini juga merupakan satu kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat penularan COVID- 19. So, saya ingin mendapat apakah SOP yang dipakai oleh pihak kastam. 

Saya ingin menyebut juga mengikut satu fasal yang disebut iaitu fasal 3, ketua pengarah boleh membenarkan sembilan per sepuluh daripada duti yang dikira dibayar semula sebagai pulangan cukai. Kalau kita baca dalam Bahasa Inggeris ia sebenarnya “the words of the Director General may allow nine-tenths of the duties calculated in accordance with subsection 2 be repeat...” . Perkataan yang digunakan ialah “may allow” dan bukan “shall allow”. 

Saya ingin menanyakan kerana ada kuasa budi bicara Director General untuk membuat keputusan tidak membenarkan sembilan peratus duti yang kira itu dipulangkan sebagai pulangan cukai sama ada – Sekiranya Director General menggunakan kuasa di bawah fasal 3 ini untuk tidak membenarkan pemulangan sebagai pulangan cukai sama aggrieve party mempunyai kuasa untuk membuat rayuan sama ada kepada Director General ataupun kepada the right of appeal daripada aggrieve party ini sama ada dapat disediakan di bawah rang undang-undang. 

Saya rasa ini penting kerana kita– dalam rang undang-undang ini ia hanya menggunakan perkataan may dan bukan shall. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Menteri. Itu sahaja. Terima kasih.

Monday, December 14, 2020

Perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk RUU Perbekalan 2021 pada 2/12/2020

Video link: 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159191491569090&id=532284089

Perbahasan Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai di Dewan Rakyat peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk RUU Perbekalan 2021 pada 2/12/2020 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Saya merujuk kepada kerangka keberhasilan tentang pertanian dan industri makanan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Petunjuk jaminan bekalan makanan negara iaitu tahap sara diri atau self-sufficiency level (SSL) untuk beras. Dalam buku ini tahun 2019 dinyatakan sebenar 74.30 peratus, tahun 2020 sasaran sebanyak 77 peratus dan tahun 2021 sasaran sebanyak 82.39 peratus. 

Saya pun hairan kerana saya membaca pengumuman Yang Berhormat Menteri ialah meningkatkan SSL ataupun tahap sara diri bagi beras dari 70 peratus sampai 75 peratus. Boleh Yang Berhormat Menteri menjelaskan perbezaan angka-angka SSL dalam buku anggaran ini dengan pengumuman Menteri? 

Di bawah perkara yang sama juga, saya mendapati bahawa di bawah Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras, terdapat penurunan daripada peruntukan daripada 66 juta kepada 63 juta pada tahun 2021. Minta satu penjelasan kerana terdapat pengurangan walaupun kementerian ingin meningkatkan SSL untuk beras tetapi terdapat pengurangan daripada bajet. 
Yang Berhormat Menteri dari Beluran Sabah, apakah usaha Yang Berhormat Menteri tentang pembukaan lebih banyak tanah pertanian di negeri Sabah dan Sarawak? Memandangkan di pihak Semenanjung kita mungkin kekurangan ataupun tanah-tanah pertanian yang boleh dibuka di Semenanjung telah mencapai tahap yang tertentu. Apakah perancangan strategik Yang Berhormat Menteri untuk seluruh Malaysia untuk menambahkan lagi bekalan makanan khasnya di Borneo, di negeri Sabah dan Sarawak? 

Saya juga merujuk kepada Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Petunjuk peratusan tahap diri, self-sufficiency level (SSL) statistik daripada Department of Statistic Malaysia (DOSM) untuk cili kita hanya mencapai sebanyak 30.8 peratus, untuk halia sebanyak 16.2 peratus, untuk kubis bulat atau round cabbage sebanyak 36.2 peratus dan bawang atau onion tiada angka tetapi SSL yang rendah. 

Oleh itu, soalan saya SSL yang rendah dengan Import Dependency Ratio (IDR) yang tinggi memandangkan cili, halia, bawang dan sebagainya merupakan makanan, household food yang penting dalam Malaysia. Memandangkan juga apabila bill food import kita mencecah kepada RM60 bilion dan food trade balance deficit pada tahun 2018 mencecah kepada RM18.6 bilion. Itu telah meningkat daripada RM1.1 bilion pada tahun 1990, tahun 2006 sebanyak RM8.5 bilion food trade balance deficit dan sekarang RM18.6 bilion. 

Soalan saya, apakah usaha kita memperbaiki Global Food Security Index (GFSI), Malaysia di kedudukan 24 dalam Global Food Security Index dan ini bukan sahaja melibatkan isu makanan tetapi juga kepada isu consumption dan production harga makanan. Baru-baru ini India mengenakan larangan eksport ke atas beberapa kategori bawang ke luar negara, maka ia memberikan impak kepada Malaysia kerana kita import banyak bawang. 
Isu-isu logistik, currency exchange, climate change dan sebagainya. Apakah usaha menambahkan tahap sara diri (SSL) untuk beberapa agriculture produk dan kurangkan imports dependency ratio? 

Di bawah Butiran 020700 – Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Terdapat penurunan daripada angka anggaran RM143 juta kepada RM106 juta, apakah sebabnya penurunan tersebut? Penurunan yang drastik kerana saya dapati perikanan adalah satu industri yang penting. Apakah hasil kita telah meminda Akta Perikanan kita pada tahun 2019 yang diluluskan Parlimen ini? Apakah usaha perikanan laut dalam ataupun tuna industri di Lautan Hindi? Apakah hasil dalam perubahan pindaan akta itu? 

Perkara terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Terdapat di bawah nisbah tahap sara diri atau self-sufficiency level (SSL), tentang daging kambing sebanyak 12.1 peratus, daging lembu (beef) sebanyak 23.7 peratus dan sekali lagi SSL yang rendah dan IDR yang tinggi, Department of Statistic. Apakah usaha kita untuk menambahkan bekalan makanan daging dalam negara?
Saya minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.